Mewujudkan Pekerjaan dan Memperoleh Kemahiran Bersama

 

Keutamaan dasar ekonomi kami ialah memastikan wujudnya pekerjaan untuk semua.

Source: The Straits Times © Singapore Press Holdings Limited.

Untuk melindungi para pekerja dari kesan segera COVID-19, kami akan mengadakan:

  • subsidi pendapatan menerusi Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) untuk membantu anda meneruskan pekerjaan anda
  • pelepasan pendapatan untuk mereka yang bekerja sendiri dan untuk pekerja bebas menerusi Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu Berkerja Sendiri (SIRS)
  • bantuan kewangan untuk mereka yang dibuang kerja atau yang mengalami kehilangan pendapatan yang besar menerusi Skim Pelepasan Sementara (TRF) dan Geran Bantuan Covid-19 (CSG)

Dengan kemelesetan global dan kesannya ke atas ekonomi kita, kita perlu menjangkakan sebahagian perniagaan akan terpaksa ditutup justru ada yang akan kehilangan pekerjaan.

Kami akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi dan mewujudkan perkerjaan-pekerjaan baru supaya warga Singapura kekal bekerja. Dalam masa yang sama, kami akan melengkapkan anda untuk emanfaatkan peluang baru dan sektor-sektor yang berkembang.

Kami akan:

  • menubuhkan Majlis Pekerjaan Kebangsaan untuk memastikan usaha ini berjaya
  • mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan baru yang merangkumi pekerjaan, latihan pelatih, laluan kerjaya pertengahan serta kursuskursus di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited

Semua Pekerja

Untuk membantu anda mendapat peluang-peluang pekerjaan, kami akan:

  • menubuhkan pusat-pusat kerjaya satelit di semua bandar HDB
  • meningkatkan program-program untuk penukaran kerjaya, peningkatan kemahiran dan penguasaan menerusi Tahap Skillsfuture Seterusnya
  • menguatkan perlindungan untuk mereka yang mencari kerja di bawah Rangkakerja Pertimbangan Adil
  • memberi insentif kewangan kepada majikan untuk menggajikan atau menugaskan semula para pekerja tempatan

Para pekerja berusia 40-60

Untuk merangsang pekerjaan bagi warga Singapura yang berusia 40-60, kami akan mengadakan:

  • tambahan kepada kredit SkillsFuture dan subsidi yang lebih tinggi untuk programprogram peningkatan kemahiran
  • program-program untuk laluan kerjaya pertengahan untuk membantu anda memulakan kerjaya baru
  • insentif khas kepada para majikan yang mengambil anda bekerja

Pekerja Mapan

Kami akan menggalakkan pengambilan pekerja mapan menerusi:

  • Kredit Pekerja Warga Emas
  • Geran-geran untuk pengambilan kerja semula
  • Sokongan kepada syarikat dan industri untuk merancang semula pekerjaan

Para pekerja berusia 40-60

Untuk merangsang pekerjaan bagi warga Singapura yang berusia 40-60, kami akan mengadakan:

  • tambahan kepada kredit SkillsFuture dan subsidi yang lebih tinggi untuk programprogram peningkatan kemahiran
  • program-program untuk laluan kerjaya pertengahan untuk membantu anda memulakan kerjaya baru
  • insentif khas kepada para majikan yang mengambil anda bekerja

Pekerja Mapan

Kami akan menggalakkan pengambilan pekerja mapan menerusi:

  • Kredit Pekerja Warga Emas
  • Geran-geran untuk pengambilan kerja semula
  • Sokongan kepada syarikat dan industri untuk merancang semula pekerjaan

Pencari Kerja Muda

Untuk membantu warga muda Singapura yang akan memasuki pasaran pekerjaan, kami akan:

  • menguatkan sokongan kerjaya untuk siswazah-siswazah baru
  • mewujudkan program latihan pelatih yang berstruktur bersama syarikat-syarikat
  • menawarkan secara percuma program melanjutkan pelajaran dan latihan supaya anda dapat menambah kemahiran dan pengetahuan sementara menunggu pasaran pekerjaan pulih semula
  • mempersiapkan anda untuk peluang-peluang serantau menerusi program Bakat Bersedia Global dan peluang latihan pekerjaan luar negara, apabila sudah selamat untuk keluar negara

Source: The Straits Times © Singapore Press Holdings Limited.

Pekerja bergaji rendah

Kami akan meningkatkan mutu kerja dan pendapatan rakyat Singapura yang bergaji rendah menerusi:

  • peningkatan kepada bantuan Workfare
  • peluasan Model Gaji Progresif kepada lebih banyak lagi industri

Pekerja kurang upaya

Kami akan bekerjasama dengan majikan untuk mengambil mereka yang kurang upaya untuk bekerja, termasuk menerusi Kredit Menyokong Pengambilan Pekerja Kurang Upaya

KEMBALI

SETERUSNYA

Kesihatan dan Keselamatan

Pekerjaan dan Ekonomi

Jiwa

Harapan

Bersama – Sama

Kekal Selamat dan Sihat Bersama

⮜ KEMBALI

Mengubah dan Membangun Ekonomi Kita Bersama

SETERUSNYA ⮞

Dapatkan Manifesto Kami

MUAT TURUNLIHAT DALAM TALIAN