Skip to main content

Membentuk masyarakat Melayu gemilang

18 Aug 2019 2 min read

Bookmark (0)
ClosePlease loginn

No account yet? Register

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menekankan bahawa pemerintah akan bersama-sama membina dan mendukung aspirasi masyarakat Melayu Singapura.

Dalam ucapan Bahasa Melayu Rapat Hari Kebangsaannya yang ke-16, Encik Lee berkata bahawa orang Melayu Singapura telah berjaya membina identiti tersendiri, yang didorong beberapa nilai murni termasuk Kemahiran dan Keperibadian.

Mengupas dengan lebih lanjut tentang nilai-nilai ini, Encik Lee membentangkan bahawa masyarakat Melayu telah mencapai kemajuan yang amat ketara. 

“Terbukti generasi muda Melayu cemerlang dan kini memegang peranan penting dalam masyarakat. Di kalangan mereka, ada yang merupakan penerima biasiswa seperti CE MUIS, Mufti dan timbalan masing-masing,” kata Encik Lee.

Encik Lee juga menambah bahawa permerintah akan memastikan pendidikan lanjut seperti politeknik dan universiti akan terus dimampui pelajar seberapa mungkin.

Dari segi Keperibadian pula, Encik Lee berkata bahawa masyarakat Melayu Islam Singapura mengamalkan ajaran Islam yang menghormati antara satu sama lain, toleransi dan juga bersikap inklusif.

Encik Lee juga berkongsi tentang Sijil Pos Siswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) yang telah diumumkan bulan Julai lalu. 

“Kursus ini adalah bagi siswazah agama di luar negara apabila mereka pulang ke sini. Ini supaya mereka dilatih untuk menerapkan apa yang mereka pelajari dalam konteks Singapura. Kami juga berharap untuk meneroka pendekatan dan pedagogi baru dalam pengajaran dan pembelajaran Islam. Ini akan membantu dalam mencorak model untuk kolej Islam kita sendiri, yang bakal melatih generasi asatizah yang baru di Singapura,” kata Encik Lee.

Mengakhiri ucapannya, Encik Lee berkata, “Masyarakat Melayu telah berkembang maju seiring kemajuan Singapura. Sekarang, sebagai orang Melayu, anda berpegang teguh kepada identiti anda tersendiri… Saya yakin masyarakat Melayu akan bertambah maju, tahun demi tahun. Pemerintah akan terus bersama anda, mendukung aspirasi anda menjadi Masyarakat Gemilang.”