Representing the Malay Community (Mewakili Masyarakat Melayu)

28 Jun 2021 4 min read

Bookmark(0)

No account yet? Register

Malay Members of Parliament and activists at a MAB dialogue in February 2019. (Image credit: MAB)

A Petir Online exclusive by Muhammad Faishal Ibrahim, Vice-Chairperson, Malay Affairs Bureau of the People’s Action Party. Muhammad Faishal Ibrahim is also Minister of State for Home Affairs and National Development and Member of Parliament for Nee Soon GRC.

The People’s Action Party was established to build a better Singapore for all Singaporeans. Multi-racialism has been a part of the party’s makeup from the start. In fact, the blue circle in our logo stands for the unity of all races. We have always endeavoured to ensure that all voices are considered in our nation-building journey.

On top of this, our Constitution recognises the special position of the Malays, and commits the government to advancing the interests of the Malay-Muslim community and the Malay language. Hence, the Malay MPs and activists in the PAP have a greater duty to ensure the continual development of our community.

The Malay Affairs Bureau of the PAP, or MAB, was formed in the same year as the Party itself, in 1954. Under the leadership of past Chairpersons Ahmad Ibrahim, Othman Wok, Ahmad Mattar, Abdullah Tarmugi, Yaacob Ibrahim and current Chairperson Masagos Zulkifli, the MAB represented the Malay-Muslim community’s views to the Party leadership and Cabinet. The MAB successfully supported and pushed for many policies such as the Mosque Building Fund, formation of self-help group Yayasan Mendaki and strengthening the Syariah Court.

Starting out as an activist and later as an MP, I have served alongside then-Minister Yaacob and currently, Minister Masagos. I have seen first-hand how the concerns of the community has directed their efforts in MAB. These include supporting the education of our young, strengthening families and marriages, promoting lifelong learning and professional development, upgrading mosques as well as developing Islamic education. The efforts of the government, Party and MAB over the years have meant that the education and income levels of the Malay-Muslim community have increased steadily. More importantly, the continual engagement with the community has helped us build strong connections with the ground and organise for the betterment of the community and country. MAB has forged a growing network of activists supporting the needs of the community. This is a crucial resource to understand how policies unfold on the ground and to provide feedback to the party leadership.

Over the years we have witnessed the rise of political participation from the Malay-Muslim community. MAB has thus built up a diverse pool of activists who wish to be more involved. Around the end of 2018, the MAB refined its structure to further empower rank-and-file activists. Now, more rank-and-file activists are represented and are taking significant roles in our Exco. The MAB is also conducting more outreach efforts together with PAP branches across the island. By empowering our activists and diversifying our engagement methods, we have further developed feedback channels to propose policies that would benefit our community and Singapore.

Malay youths are also becoming more vocal and engaged, with new challenges due to the changing domestic and global landscape. Therefore, we have established MAB Muda, led by young MPs Zhulkarnain Abdul Rahim and Nadia Ahmad Samdin. MAB Muda is looking into new avenues and engagement to better represent the concerns of youths and develop their aspirations.  

Our activists and MPs will be sharing their views on issues affecting the Malay community in Petir and Petir Online. If you are passionate about the development of our community, look out for these pieces, events and dialogues.

The Malay-Muslim community has come a long way, since the country’s independence. The MAB will evolve to serve the needs of our community as it develops. At the heart of MAB’s future is the tenet on which it was founded: advocating for the community’s interests within the framework of Singapore’s racial and religious harmony.

Mewakili Masyarakat Melayu

Oleh Muhammad Faishal Ibrahim, Naib-Pengerusi Biro Hal Ehwal Melayu

PAP ditubuhkan dengan tujuan untuk membina Singapura yang lebih baik untuk semua rakyat Singapura. Sejak mula lagi, kepelbagaian kaum telah menjadi sebahagian daripada rias parti. Sebenarnya, lingkaran biru di logo kita melambangkan perpaduan berbilang kaum. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa semua suara dipertimbangkan dalam perjalanan pembinaan negara kita.

Selain dari itu, perlembagaan kita mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu, dan melakarkan komitmen pemerintah untuk menitikberatkan kepentingan masyarakat Melayu-Islam dan bahasa Melayu. Oleh itu, ahli Parlimen dan aktivis Melayu dalam PAP mempunyai tugas yang besar untuk memastikan pembangunan masyarakat kita berterusan.

Biro Hal Ehwal Melayu dalam PAP, atau MAB, dibentuk pada tahun yang sama dengan Parti, iaitu pada tahun 1954. Di bawah kepimpinan ketua-ketua yang lalu, Ahmad Ibrahim, Othman Wok, Ahmad Mattar, Abdullah Tarmugi, Yaacob Ibrahim dan juga pengerusi semasa, Masagos Zulkifli, MAB telah mewakili pandangan masyarakat Melayu-Islam kepada kepimpinan Parti dan Kabinet. Selama ini, MAB telah berjaya menyokong dan mendorong pelbagai dasar seperti Tabung Pembinaan Masjid, pembentukan MENDAKI dan pengukuhan Mahkamah Syariah.

Bermula sebagai seorang aktivis dan kemudian sebagai Ahli Parlimen, saya telah mula berkhidmat bersama Menteri Yaacob dan kini bersama Menteri Masagos. Saya telah melihat sendiri bagaimana keprihatinan masyarakat telah memberi arah kepada usaha mereka di MAB. Ini termasuk menyokong pendidikan anak muda kita, memperkuatkan keluarga dan perkahwinan, mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional, meningkatkan taraf masjid serta pengembangan pendidikan Islam. Usaha-usaha dari pemerintah, Parti dan MAB selama ini telah membawa peningkatan stabil kepada pendidikan dan pendapatan masyarakat Melayu-Islam. Yang lebih penting, penglibatan bersama masyarakat secara berterusan telah membolehkan kita membina hubungan yang utuh dengan warga pada akar umbi dan menyusun langkah bersama demi kemajuan masyarakat dan negara. MAB telah membentuk jaringan aktivis yang semakin berkembang demi menyokong keperluan masyarakat. Ini adalah sumber penting yang membolehkan kefahamaan tentang bagaimana dasar dilakarkan pada akar umbi dan maklum balas disampaikan kepada kepimpinan parti.

Selama bertahun kita dapat menyaksikan peningkatan dari sudut penyertaan politik dari masyarakat Melayu-Islam. Oleh itu, MAB telah membina kepelbagaian dari aktivis-aktivis yang ingin meningkatkan lagi penglibatan mereka. Sekitar akhir tahun 2018, MAB mengubah-suai strukturnya untuk memperkasakan aktivis dalam peringkat dan fail. Kini, lebih banyak aktivis mewakili dan memainkan peranan lebih penting dalam Exco kami. MAB juga telah meningkatkan lagi usaha menjangkau aktivis di cawangan-cawangan PAP di seluruh pulau. Hasil dari perubahan dan tindakan tersebut, kami telah dapat mengembangkan lagi saluran maklum balas untuk perbincangan dasar yang boleh memberi lebih manfaat kepada masyarakat dan Singapura.

Belia Melayu kini juga menjadi lebih lantang dan terlibat, berhadapan dengan cabaran baru yang dibawa oleh arus perubahan landskap domestik dan global. Oleh itu, kami telah menubuhkan MAB Muda yang diketuai oleh Ahli Parlimen muda Zhulkarnain Abdul Rahim dan Nadia Ahmad Samdin. MAB Muda berusaha mencari jalan dan penglibatan baru untuk mewakili dengan lebih teliti keperihatinan belia dan perkembangan aspirasi mereka.

Aktivis-aktivis dan Ahli Parlimen kami akan berkongsi pandangan mereka mengenai isu-isu yang menjejas masyarakat Melayu-Islam melalui wadah Petir dan Petir Online. Sekiranya anda bersemangat dan mengambil berat tentang perkembangan masyarakat kami, nantikan karya, acara dan dialog anjuran kami.

Masyarakat Melayu-Islam telah menempuh perjalanan jauh sejak kemerdekaan negara. MAB akan terus berkembang dan berubah-suai untuk memenuhi keperluan masyarakat kita yang juga terus berkembang. Jati masa depan MAB sama terletak di atas prinsip penubuhan MAB: iaitu menyokong kepentingan dan keprihatinan masyarakat di dalam kerangka keharmonian kaum dan agama Singapura.