Mengubah dan Membangun Ekonomi Kita Bersama

Untuk menstabilkan perniagaan dari kesan segera COVID-19 kepada ekonomi, kami akan:

  • membantu perusahaan dalam masalah aliran wang tunai, kos dan kredit
  • meluluskan undang-undang untuk pelepasan sewa
  • memberi bantuan tambahan kepada sektor-sektor yang paling teruk terjejas seperti penerbangan, perhotelan, pelancongan dan niaga-runcit

Kami sedang giat bersedia untuk ekonomi pasca COVID-19. Tidak seorang pun tahu apakah yang akan berlaku dan bentukrupa ekonomi baru ini. Tetapi, kami mempunyai program-program yang berpandang jauh kehadapan untuk mentranformasikan perusahaan dan meningkat kemahiran pekerja kita. Kami akan membina sebuah ekonomi yang dinamik, berdaya tahan dan responsif, tak kira apa jua cabaran yang kan dihadapi.

Kami akan:

  • mempercepatkan transformasi digital dalam semua sektor
  • membantu syarikat untuk berinovasi dan membuat penyesuaian menerusi Pakej Transformasi dan Pertumbuhan
  • memberi syarikat kecil dan sederhana (SME) sokongan tambahan menerusi Program Transformasi Digital SME, Kredit Perusahaan SkillsFuture dan geran-geran lain
  • mempromosi sektor-sektor pertumbuhan baru – seperti inovasi dan teknologi, Bioperubatan, ICT, perkhidmatan professional, perkhidmatan digital, keselamatan siber, perusahaan makanan, rawatan perubatan dan pendidikan

Kami akan:

  • menubuhkan peraturan laluan hijau bersama negara-negara lain untuk perjalanan keluar negara yang selamat
  • mempergiat kerjasama antarabangsa, meluaskan rangkaian perdagangan kami dan meneroka pasaran baru
  • bergiat dengan aktif dalam ekonomi digital global
  • mempelbagaikan sumber makan dan bekalan keperluan kita dan membina rangkaian bekalan yang berdaya tahan

KEMBALI

SETERUSNYA

Kesihatan dan Keselamatan

Pekerjaan dan Ekonomi

Jiwa

Harapan

Bersama – Sama

Mewujudkan Pekerjaan dan Memperoleh Kemahiran Bersama

⮜ KEMBALI

Memberi Bantuan dan Sokongan Bersama

SETERUSNYA ⮞

Dapatkan Manifesto Kami

MUAT TURUNLIHAT DALAM TALIAN