https://www.youtube.com/watch?v=nUCNIpgIrTM

Kehidupan Kita

Pekerjaan Kita

Masa Depan Kita

Bahasa Isyarat

Ujian bagi Generasi Ini

Kita telah memerangi COVID-19 sejak awal tahun ini. Ia satu pertarungan yang amat sukar, dan melibatkan kita semua.

KETAHUI SELANJUTNYA

Bersama-sama, kita akan mengatasi COVID-19, dan menjamin masa depan yang cerah untuk kita dan anak-anak kita.

– Setiausaha Agung PAP
Lee Hsien Loong

Menghadapi Krisis Paling Genting Bersama

Kita telah mengharungi banyak krisis bersama sebagai satu bangsa dan negara, PAP ada – bersama anda, untuk anda dan untuk Singapura.

Kekal Selamat dan Sihat Bersama

Kesihatan dan keselamatan awam tetap diutamakan. Kami akan menyokong karyawan penjagaan kesihatan dan agensi barisan hadapan dengan kelengkapan yang sempurna supaya mereka dapat menyediakan khidmat penjagaan kesihatan yang cemerlang untuk semua.

Source: The Straits Times © Singapore Press Holdings Limited.

Mewujudkan Pekerjaan dan Memperoleh Kemahiran Bersama

Pekerjaan adalah keutamaan kami. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi dan mewujudkan perkerjaan-pekerjaan baru supaya warga Singapura kekal bekerja.

Mengubah dan Membangun Ekonomi Kita Bersama

Kami sedang giat bersedia untuk ekonomi pasca COVID-19. Kami akan membina sebuah ekonomi yang dinamik, berdaya tahan dan responsif, tak kira apa jua cabaran yang akan dihadapi.

Memberi Bantuan dan Sokongan Bersama

Selain daripada merangsang pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan pekerjaan baru untuk meningkatkan pendapatan anda, kami akan memberi bantuan sosial dan bantuan kewangan yang diperlukan.

Membina Masyarakat yang Kuat dan Berdaya Tahan Bersama

Walaupun COVID-19 telah menunjukkan adanya keretakan sosial dalam masyarakat kita, ia juga telah menonjolkan kekuatan kita dan keperibadian rakyat Singapura yang penyayang. Kami akan mengukuhkan kompak sosial kita.

Melestari Kehidupan Bersama

Kami akan menjadikan kelestarian sebagai cara hidup kita dan membawa lebih banyak alam semula jadi ke bandar.

Membina Bandar Kita Bersama

Kami mempunyai rancangan dan cita-cita tinggi untuk terus membangunkan Singapura. COVID-19 akan melambatkan rancangan kami tetapi ia tidak akan menghambat tekad kami untuk maju kehadapan.

Mewujudkan Masa Depan Baru Bersama

Pada detik yang amat bersejarah ini, kita mempunyai peluang unik untuk membentuk semula masa depan kita.

Mengatasi Krisis Bersama

Kita akan menangani krisis ini, meraih kemenangan atas kesukaran dan muncul dengan lebih kuat lagi. Kami akan melakukan semua ini dan lebih banyak lagi, kerana kami mempunyai semangat Singapura dan satu sama lain.

Play Video

Tonton Video

Dapatkan Manifesto Kami

MUAT TURUNLIHAT DALAM TALIAN

Photos from Singapore Press Holdings Limited are reproduced with permission.
Selected photos from Hilarion Goh.