Memberi Bantuan dan Sokongan Bersama

Selain daripada merangsang pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan pekerjaan baru untuk meningkatkan pendapatan anda, kami akan memberi bantuan sosial dan bantuan kewangan yang diperlukan.

Selain daripada merangsang pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan pekerjaan baru untuk meningkatkan pendapatan anda, kami akan memberi bantuan sosial dan bantuan kewangan yang diperlukan.

Keluarga

Ketika ekonomi kita terpaksa ditutup, kami memberi sokongan tambahan untuk pembelanjaan keluarga:

  • Bayaran Pakej Kesepakatan (Solidarity Payment)
  • Kredit Perbekalan Kesepakatan (Solidarity Utilities Credit)
  • Wang tunai kepada setiap ibu bapa warga Singapura
  • Wang tunai kepada warga Singapura berusia 50 tahun ke atas

Kami akan terus membantu anda menangani isu kos sara hidup:

  • Pakej Bantuan Keluarga – untuk kos seharian
  • Geran Perumahan Tambahan – untuk membeli flat-flat HDB
  • Baucar pengangkutan – untuk pengangkutan awam
  • Subsidi pendidikan – subsidi tambahan untuk biasiswa, pengangkutan, makanan, dan yuran sekolah. Subsidi 100% untuk yuran ITE. Yuran untuk program mahasiswa sepenuh masa di SIT dan SUSS akan dikurangkan
  • Subsidi penjagaan kesihatan – subsidi penjagaan kesihatan awam sehingga 80% dan CHAS

Pendidikan Khas untuk anak istimewa

Keluarga yang mempunyai anak istimewa memerlukan sokongan tambahan. Kami akan:

  • meningkatkan kesedaran tentang pendidikan khas anak istimewa dan menggalakkan penerimaan golongan ini dalam masyarakat
  • memastikan pedidikan khas boleh dimampui
  • menubuhkan Sekolah Pendidikan Khas yang baru untuk memenuhi keperluan-keperluan khas yang berbesa
  • meluaskan pilihan pekerjaan dan penjagaan untuk pelajar pendidikan khas yang berusia melebihi 18 tahun

Pra-sekolah

Kami akan memastikan semua pusat pra-sekolah selamat daripada COVID-19 supaya semua anak-anak kita dapat belajar dan diasuh, dan ibubapa dapat pergi kerja dengan kepastian yang anak-anak mereka dijaga dengan baik.

Kami akan:

  • meningkatkan subsidi supaya kos pra-sekolah boleh dimampui sama seperti kos untuk sekolah rendah pemerintah
  • meningkatkan peratusan tempat dalam pra-sekolah yang disokong pemerintah kepada 80% dan mengandakan bilangan tadika Kementerian Pendidikan kepada 60
  • tingkatkan mutu pra-sekolah menerusi Institusi Nasional Pendidikan Awal Kanak-kanak

Pelajar

Kami bertekad para pelajar kita tidak tidak terjejas dalam tahun sekolahan ini untuk mengelakkan kesan negatif jangka panjang keatas mereka. Kami akan memastikan sekolah kita selamat supaya anak-anak kita dapat terus belajar walaupun pandemik masih wujud.

Kami akan:

  • memberi bantuan dan panduan kepada pelajar dari keluarga susah yang paling terjejas oleh krisis ini
  • mempercepat Program Celik Digital Nasional, termasuk merapatkan jurang digital dengan melengkapkan setiap pelajar sekolah menengah dengan alat komputer
  • membuat Pembelajaran Dari Rumah sebagai satu aspek penting dalam struktur pendidikan
  • mempercepat pembaharuan pendidikan supaya para pelajar boleh memperoleh pengetahuan dan kemahiran untuk menghadapi masa depan yang sering berubah dengan pesatnya
  • membuat pembaharuan kepada pendidikan tinggi dengan mengemukakan lebih banyak pendidikan silang disiplin yang dipadankan dengan pembelajaran sepanjang hayat
  • menyegarkan semula kurikulum Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan untuk menyediakan anak muda kita supaya menjadi individu yang berakhlak dan penyayang, dengan ketahanan mental serta nilai-nilai yang kukuh
  • meningkatkan tahap kepakaran dan profesionalisme guru-guru kita menerusi SkillsFuture untuk Pendidik

Warga Emas

Kita sayang dan menjaga warga emas kita yang telah banyak menyumbang kepada negara. Kita mahu mereka bersara dengan selesa dan dalam keadaan sihat.

Untuk memberi ketenangan fikiran kepada warga emas kita, kami telah menyediakan:

  • Pakej Generasi Perintis dan Pakej Generasi Merdeka
  • CareShield Hayat
  • Dana Pergerakan dan Bantuan Warga Emas

Kami akan:

  • mengadakan rangkaian sokongan termasuk menerusi Rangkaian Kemasyarakatan untuk Warga Emas
  • Bantu warga emas hidup sihat dan aktif, termasuk membenarkan mereka menggunakan gimnasium dan kolam renang awam secara percuma
  • memberi keyakinan bahawa wang persaraan mereka selamat dan mencukupi menerusi Skim Memadan Simpanan Persaraan, Skim Ihsan Senja yang dipertingkat, Bonus Perumahan untuk Warga Emas dan kim Beli Balik Pajakan

Warga Emas

Kita sayang dan menjaga warga emas kita yang telah banyak menyumbang kepada negara. Kita mahu mereka bersara dengan selesa dan dalam keadaan sihat.

Untuk memberi ketenangan fikiran kepada warga emas kita, kami telah menyediakan:

  • Pakej Generasi Perintis dan Pakej Generasi Merdeka
  • CareShield Hayat
  • Dana Pergerakan dan Bantuan Warga Emas

Kami akan:

  • mengadakan rangkaian sokongan termasuk menerusi Rangkaian Kemasyarakatan untuk Warga Emas
  • Bantu warga emas hidup sihat dan aktif, termasuk membenarkan mereka menggunakan gimnasium dan kolam renang awam secara percuma
  • memberi keyakinan bahawa wang persaraan mereka selamat dan mencukupi menerusi Skim Memadan Simpanan Persaraan, Skim Ihsan Senja yang dipertingkat, Bonus Perumahan untuk Warga Emas dan Skim Beli Balik Pajakan

Penjagaan Kesihatan

Kami akan memperluas keupayaan penjagaan kesihatan kita untuk memastikan semua warga akan menerima rawatan dan penjagaan kesihatan yang mereka perlukan

Kami akan:

  • memperluas bilangan dalam rangkaian poliklinik daripada 20 hari ini kepada 32 pada 2030, termasuk poliklinik baru di Bishan dan Bidadari
  • membangun semula Hospital Besar Singapura dan mengubahelok Hospital Nasional Singapura
  • Siap membina Hospital Masyarakat Novina menjelang 2020 dan membina sebuah hospital bersepadu di kawasan Timur menjelang 2030

Satu dari empat warga kita akan berusia 65 tahun ke atas menjelang 2030. Kita perlu berbelanja lebih untuk penjagaan kesihatan warga senja kita.

Untuk memastikan kita mempunyai dana yang cukup, kadar GST perlu dinaikkan dari 7% kepada 9% pada penggal akan datang pemerintah, tapi ia tidak akan berlaku sebelum 2022

Untuk membantu warga Singapura mengatasi kenaikkan GST ini, kami akan:

  • melaksanakan Pakej Jaminan GST berjumlah $6 billion yang akan digunakan untuk menampung kenaikkan GST selama 5 tahun kepada semua rakyat Singapura dan selama 10 tahun kepada mereka yang erpendapatan rendah
  • meningkatkan Skim Baucar GST Tetap
  • memastikan pemerintah tidak akan mengenakan GST keatas khidmat penjagaan kesihatan dan pendidikan awam yang bersubsidi
  • memberi bantuan sosial kepada mereka yang memerlukan

KEMBALI

SETERUSNYA

Kesihatan dan Keselamatan

Pekerjaan dan Ekonomi

Jiwa

Harapan

Bersama – Sama

Mengubah dan Membangun Ekonomi Kita Bersama

⮜ KEMBALI

Membina Masyarakat yang Kuat dan Berdaya Tahan Bersama

SETERUSNYA ⮞

Dapatkan Manifesto Kami

MUAT TURUNLIHAT DALAM TALIAN