Melestari Kehidupan Bersama

COVID-19 menunjukkan bagaimana kebiasaan kita mempunyai kesan keatas alam sekitar. Kami akan menjadikan kelestarian sebagai cara hidup kita

Covid-19 has shown how our actions make a difference to the environment. We will make sustainability a way of life.

Kami akan:

  • menghasilkan lebih banyak tenaga bersih dengan memasang lebih banyak panel-panel solar di atas bumbung-bumbung bangunan, permukaan takungan air, dan menjana tenaga dari sisa makanan di Tuas Nexus
  • mengurangkan pengeluaran gas rumah-hijau
  • menanam satu juta pokok dan kawasan bakau baru untuk menyerap karbon kita

Kami akan menjadikan bandar kita mesra alam. Kami akan:

  • menambah 200 hektar taman alam dan 140 hektar bandar bertaman dalam jangka masa 5 tahun mendatang
  • meluaskan koridor hijau dan penyambung taman kita supaya jarak waktu perjalanan dari setiap rumah ke sebuah taman hanya 10 minit

Kami akan:

  • mengenalkan konsep baru untuk melestari kehidupan menerusi program Taman Hijau HDB
  • memperbaiki estet perumahan kita menerusi inisiatif peningkatan perumahan dan kejiranan, serta program Membentuk Semula Estet HDB
  • memperkuat perlindungan banjir pesisir dan pendalaman terhadap perubahan iklim dan kenaikan permukaan laut
  • mempercepatkan program pengeluaran makanan tempatan menerusi strategi 30 X 30 Express dan membina keupayaan pengeluaran tempatan bagi barang-barang keperluan dalam jangkamasa panjang

KEMBALI

SETERUSNYA

Kesihatan dan Keselamatan

Pekerjaan dan Ekonomi

Jiwa

Harapan

Bersama – Sama

Membina Masyarakat yang Kuat dan Berdaya Tahan Bersama

⮜ KEMBALI

Membina Bandar Kita Bersama

SETERUSNYA ⮞

Dapatkan Manifesto Kami

MUAT TURUNLIHAT DALAM TALIAN