Membina Masyarakat yang Kuat dan Berdaya Tahan Bersama

Daya Tahan Sosial

Walaupun COVID-19 telah menunjukkan adanya keretakan sosial dalam masyarakat kita, ia juga telah menonjolkan kekuatan kita dan keperibadian rakyat Singapura yang penyayang.

Kami akan mengukuhkan kompak sosial kita. Kami akan:

  • membina sebuah masyarakat yang kuat, penyayang dan bersatu di mana tidak seorang pun yang akan ketinggalan dan kita akan maju bersama
  • membina daya tahan, memangkin peningkatan sosial dan mengatasi ketidak-samaan
  • Membantu mereka yang gagal untuk bangkit dan muncul lebih kuat

Kami akan menguatkan dan menyokong agensi-agensi perkhidmatan sosial:

  • dengan menambah dana dan memadankan mereka dengan para penderma
  • dengan membantu memperbaiki operasi dan penyelenggaraan perkhidmatan mereka

Kami akan:

  • memperbaiki jaring keselamatan sosial kita untuk memberi sokongan yang berterusan
  • bekerjasama dengan warga yang lebih berupaya dan pertubuhan-pertubuhan sosial untuk membantu mereka yang memerlukan
  • membina masyarakat yang penyayang di setiap bandar menerusi rangkaian SG Cares dan memadankan mereka yang memerlukan dengan para sukarela dan sumber-sumber yang ada
  • menjadikan kesihatan mental satu fokus utama
  • membantu mereka yang memerlukan mendapat sokongan dan sumber-sumber di dalam talian supaya semua rakyat selesa dalam dunia digital

Kami akan:

  • membina sebuah masyarakat berbilang budaya dan agama di mana kekuatan kita ialah perpaduan kita dalam kepelbagaian
  • menyokong aspirasi rakyat kita dalam seni, budaya dan sukan

Daya Tahan Kewangan

Untuk memerangi COVID-19, kami telah menyuntik hampir $100 billion menerusi empat Belanjawan, menggunakan lebihan belanjawan semasa dan simpanan rezab masa lalu untuk menyokong warga ingapura mengharungi krisis ini dan membuat persedian untuk masa depan. Kami akan pastikan kita berjaya.

Kami akan:

  • menggunakan wang ini untuk memangkin pertumbuhan dan membawa keuntungan kepada rakyat dan negara
  • terus berhati-hati dari segi kewangan dan pembelanjaan dan menabung semula ke dalam rizab negara apabila kita berupaya melakukannya
  • melindungi masa depan anak-anak kita dan generasi akan datang, seperti apa yang telah dilakukan oleh generasi Perintis dan Merdeka untuk kita

KEMBALI

SETERUSNYA

Kesihatan dan Keselamatan

Pekerjaan dan Ekonomi

Jiwa

Harapan

Bersama – Sama

Memberi Bantuan dan Sokongan Bersama

⮜ KEMBALI

Melestari Kehidupan Bersama

SETERUSNYA ⮞

Dapatkan Manifesto Kami

MUAT TURUNLIHAT DALAM TALIAN