Menghadapi Krisis Paling Genting Bersama

Kita telah mengharungi banyak krisis bersama sebagai satu bangsa dan negara:

  • pemisahan dari Malaysia pada 1965
  • pengunduran British pada 1970an
  • kemelesatan ekonomi pada 1980an
  • Krisis Kewangan Asia pada 1990an
  • 9/11, SARS dan Krisis Kewangan Global pada 2000an

Setiap krisis tersebut merupakan ancaman besar kepada kita. Namun, setiap kali ia berlaku PAP bersama anda, untuk anda dan untuk Singapura. Dekad demi dekad, kami berganding bahu dengan rakyat Singapura untuk mengharungi krisis-krisis tersebut dan telah muncul dari semuanya lebih kuat.

COVID-19 merupakan krisis paling berbahaya yang belum pernah dialami generasi sebelum kita. Ia bukan hanya krisis kesihatan sahaja tetapi juga telah menjadi krisis ekonomi sedunia yang getir. Kita bakal kehilangan banyak pekerjaan. Ada syarikat yang tidak akan bertahan. Daya tahan sosial kita akan diuji. Perjalanan seterusnya pasti amat sukar.

Source: The Straits Times © Singapore Press Holdings Limited.

Seperti yang diharapkan, PAP siap berada bersama rakyat Singapura, berkhidmat pada mereka dan berganding bahu dengan mereka. Kami tidak akan mengecewakan anda atau Singapura.

Kami akan berkerjasama dengan anda untuk mengharungi badai ini dan keluar dengan selamat. Malah kami mempunyai rancangan yang jelas untuk masa depan Singapura pasca krisis ini.

Source: The Straits Times © Singapore Press Holdings Limited.

Kami akan melabur untuk melahirkan potensi setiap warga, membangun semula ekonomi serta memperkukuh ikatan masyarakat kita. Bersama-sama, kita akan muncul lebih kuat dan lebih teguh, sekali lagi.

Manifesto ini melakarkan rancangan kami untuk –

Kehidupan Kita, Pekerjaan Kita, Masa Depan Kita

Kehidupan Kita

Pekerjaan Kita

Masa Depan Kita

KEMBALI

SETERUSNYA

Kesihatan dan Keselamatan

Pekerjaan dan Ekonomi

Jiwa

Harapan

Bersama – Sama

Kata Pengantar

⮜ KEMBALI

Kekal Selamat dan Sihat Bersama

SETERUSNYA ⮞

Dapatkan Manifesto Kami

MUAT TURUNLIHAT DALAM TALIAN