Saudara, Saudari Setanah air,

Kita telah memerangi COVID-19 sejak awal tahun ini. Ia satu pertarungan yang amat sukar, dan melibatkan kita semua. Kita telah mengambil langkah-langkah tegas termasuk sekatan-sekatan dalam rangka pemutus rangkaian jangkitan untuk mengelakkan penularan penyakit ini dan menyelamatkan nyawa.

Kini, anggota keluarga dan rakanrakan sudah boleh bertemu sekali lagi, kedai-kedai dan restoranrestoran sudah mula dibuka, dan perusahaan sudah mula beroperasi. Meskipun semuanya secara berhati-hati.

Ekonomi kita telah terjejas dengan teruk sekali. Kita telah melaksanakan empat belanjawan, satu mengiringi satu yang lain dengan pantas. Kita telah menyuntik hampir $100 billion dengan menggunakan simpanan rizab masa lalu. Tujuan kami ialah untuk membantu perusahaanperusahaan, para pekerja dan semua keluarga mengharungi tempoh yang amat sukar ini.

Yang jelas, krisis ini masih belum berakhir. Kita berada dalam kemelesetan ekonomi sedunia yang paling teruk dalam sekurun. Ada perusahaan yang tidak akan bertahan. Pembuangan kerja dan 24 pengangguran akan melonjak secara mendadak. Vaksin pula hanya akan dapat dihasilkan paling awal setahun dari sekarang. Malah mungkin lebih lama dari itu.

Dalam kita terus mengatasi krisis COVID-19, yang kita utamakan ialah pekerjaan.

Kerana itu kita telah melancarkan usaha nasional supaya membolehkan rakyat dapat terus bekerja. Kita akan membantu mereka yang dibuang kerja untuk segera mendapat pekerjaan lain, dengan pekerjaan-pekerjaan baru dan peluang latihan dalam kedua-dua sektor awam dan sektor swasta.

Dunia pasca COVID-19 akan berlainan sekali. Kita mampu membina masadepan di atas asas kukuh yang kita sudah pun ada. Malah kita akan muncul lebih kuat.

Ini kerana kita telah lama bersiap-siap untuk Ekonomi Masa Depan dan meningkatkan kemahiran rakyat Singapura menerusi SkillsFuture. Kita selalu meningkatkan bandar dan perumahan kita.

Tidak kira kedudukan anda di masyarakat, kita akan memastikan anda mempunyai akses kepada pendidikan, kesihatan dan perumahan yang baik, serta peluang sepenuhnya untuk berjaya.

Malah kita akan sentiasa menjaga mereka yang memerlukan dalam masyarakat kita, dan tidak akan membenarkan sesiapa pun ketinggalan. Menerusi gerakan Singapura Bersama, kita akan terus memetik idea dan menjana tenaga rakyat untuk menjadikan Singapura negara yang lebih hebat lagi.

Dalam bulan-bulan dan tahun-tahun mendatang, kita akan berhadapan dengan situasi-situasi yang genting lalu harus membuat keputusan yang sukar. Untuk memastikan kita dapat mengharunginya dengan selamat, kita perlu pasukan kepimpinan yang komited dan berkebolehan, dapat bekerjasama rapat dengan rakyat yang sama bersatu dan cekal hati, serta saling  mempercayai dan yakin sepenuhnya antara satu sama lain.

Dalam bulan-bulan dan tahun-tahun mendatang, kita akan berhadapan dengan situasi-situasi yang genting lalu harus membuat keputusan yang sukar. Untuk memastikan kita dapat mengharunginya dengan selamat, kita perlu pasukan kepimpinan yang komited dan berkebolehan, dapat bekerjasama rapat dengan rakyat yang sama bersatu dan cekal hati, serta saling  mempercayai dan yakin sepenuhnya antara satu sama lain.

Pemerintah perlukan mandat baru dengan penggal penuh, supaya dapat bertindak dengan tepat demi kepentingan anda, untuk berganding-bahu dengan anda dalam menyelesaikan masalah kita bersama, dan untuk memenuhi aspirasi kita semua.

Inilah sebabnya saya telah membuat keputusan mengadakan pilihanraya umum sekarang.

PAP sekian lama telah bersama anda untuk memperbaiki mutu kehidupan, menjamin keselamatan semua rakyat dan membawa Singapura terus maju kehadapan.

Dalam suasana genting di hadapan kita, kehidupan kita, pekerjaan kita, dan masa depan kita jangan dijadikan taruhan.

Undilah saya dan pasukan PAP saya. Bersama-sama, kita akan mengatasi COVID-19, dan menjamin masa depan yang cerah untuk kita dan anak-anak kita.

Dengan ikhlas

Setiausaha Agung PAP

Ralat

Ada kesilapan ejaan pada satu perkataan dalam manifesto ini, yang kami kesan selepas ia dicetak. Dalam kata pendahuluan,
ia seharusnya "Saudara, Saudari, Setanah air" dan bukan "Saudara, Saudari, Setahanair". Kami minta maaf atas kesilapan ini.

SETERUSNYA

Kesihatan dan Keselamatan

Pekerjaan dan Ekonomi

Jiwa

Harapan

Bersama – Sama

Menghadapi Krisis Paling Genting Bersama

SETERUSNYA ⮞

Dapatkan Manifesto Kami

MUAT TURUNLIHAT DALAM TALIAN